Wednesday, December 28, 2011

ekspresi 02- KAK BIE JAMBAN

as-salam guys

tanpa membuang masa, kita sambung cerita wokey.hik2

untuk assignment kedua pulak, kami kena buat 1 persembahan akhir di mana koreografi, tema semua akan ditentukan oleh En. Nor Shuradi selaku pensyarah subjek Pergerakan Kreatif Teater. tugas kami adalah kena ikut dan buat bentuk pergerakan yang diajar oleh En. Nor Shuradi. biasa la kan, masa mula-mula belajar, memang lah susah nak buat pergerakan tu. tapi setelah berhempas pulas belajar, maka pergerakan tu pun rasa macam senang jer.bak kata pepatah, alah biasa, tegal biasa.ceh, nak berpepatah bagai..

budak2 pergerakan kreatif teater dibahagikan kepada dua kumpulan. aku termasuk dalam kumpulan "Kak Bie  Jamban".erk, korang jangan nak buat muka geli sekarang ni eh, macam tak biase korang muntahkan segala isi perot korang tu dekat dalam jamban jugak an.heh, aku plak yang emo terlebih.
Kumpulan yang lagi satu pulak dikenali sebagai "Proses."

untuk Kak Bie Jamban ni dia lebih kepada pergerakan dan mimik muka. dan watak kami adalah sebagai TAIK okey. Taik-taik nyer terdiri daripada saya sendiri iaitu azie, aim, alya, dilla, laily, aini,iera, kuyie, azlan, and faiz..

sinopsis nyer macam ni er kawan2..
Kak Bie Jamban ni mengisahkan seorang pekerja iaitu "cleaner" yang bernama Kak Bie. Beliau berdepan dengan konflik pengguna tandas yang tidak reti nak mencuci tandas selepas membuang. kira macam Kak Bie ni marah-marah la dengan pengguna tandas tu an. lepas tu kami ni yang memegang watak sebagai Taik menghantui  si Kak Bie ni. asyk follow jer mana Kak Bie ni pergi. last2 sekali, berkat kesabaran Kak Bie ni, maka kesemua taik-taik tu dapat dihapuskan..ops ada tambahan..hehe..walaupun taik-taik tu dapat dihapuskan, namun Kak Bie ni tetap jer asyk teringat kat taik ni especially masa Kak Bie ni tengah makan..erm, macam tu la  lebih kurang sinopsis nyer.

terdapat beberapa jenis kecerdesan yang kami aplikasikan ke dalam  koreogfari Kak Bie Jamban ni. antaranya adalah kecerdasan Howard Gardner yang terdiri daripada 8 jenis kecerdasan iaitu kecerdasan verbal, logikal, visual, kinestetik, muzikal, interpersonal, intrapersonal dan juga naturalis. selain itu, kami juga menggunakan pergerakan lokomotor iaitu pergerakan di mana keseluruhan badan berubah tempat serta pergerakan bukan lokomotor di mana keseluruhan badan masih kekal di tempat yang sama.

pergerakan lokomotor yang dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu penggunaan ruang yang terdiri daripada ruang diri dan ruang am di mana ia meliputi laban pergerakan badan, pergerakan, ruang dan hubungan diantara objek dan penari. so bila kesemua laban-laban ni digabungkan maka terbentuklah sebuah koreografi yang dikenali sebagai Kak Bie Jamban.ngee

Untuk persembahan final Ekspresi 02 ni, kami buat dekat Dewan Rahman Talib, Upsi selama 2 hari taw. bermula daripada 9-10 Disember 2011 start pukul 8.45 minit malam. Ada 4 persembahan u allz, iaitu Kak Bie Jamban, Aku Sunyi, Proses dan Teruk.

ok la banyak sangat dah aku taip. now kte bg chance gambar pulak berkata-kata..hak2
 

here we are, team Kak Bie Jamban..ni bukan hantu versi kak limah wokey, ni Taik.hee








we are at the stage during the performance..before start kow..ce korang carik aku yg mane..ha, mesti x jumpe an, sebab muka semua same jerk, sebijik sejabun.









ni budak- budak Proses.. tangkap gambo x sedar diri, bajet diorang tu artis.huh






opsss, lupa nak perkenalkan.ni nilam suhana othman. die budak minor teater..kami bergabung. she also apart from Proses group and act as the main character..hehe..







at last but not least,jerry n natheqa..juga budak minor teater.diorang pegang watak pasangan kekasih dalam drama "Aku Sunyi" dan "Teruk".






and lastly..yeyeh..our picture together-gether..
ni gambar masa selepas habis persembahan.
muka giler happy semua an.
ce tangkap masa seblum persembahan, hmph jgn harapla hasilnya begitu memberansangkan seperti ni. 
mesti macam ayam berak kapur. eh silap2 muka ayam tu lagi lawa.

moral of the story : this moments gonna be the sweetest in my life..aku akan catatkan dalam diary warne pink aku,siap dengan gambar2 colour lagi. ok tipu..aku x suka tulis diary, atau dengan bahasa yang lebih sopan santun aku malas nak tulis diary.biarlah semuanya tersimpan kemas dalam kepala otak aku ni..ngee
padehal pelupa nak mampuih......
ok daaa

No comments:

Post a Comment