Wednesday, June 13, 2012

SENI LAKON AWALAN... DAN TIGA DARA TERBANG KE BULAN

Assalamualaikum guys..


sudah agak lama aku tak menaip dekat blog ni..almaklumla, orang busy..ngee
Untuk entry kali ni, saya akan bercerita mengenai subjek Seni Lakon Awalan yang saya dan kawan-kawan ikuti sepanjang semester 6 kali ini.
Di awal sem 6, masa mula-mula nak isi kursus ni, saya rasa berat hati. sebab saya rasa saya tidak mempunyai bakat lakonan serta takut tidak mampu membahagika masa juga malu untuk melakukan persembahan akhir di depan khalayak penonton. saya rasa sangat takut, namun akhirnya atas galakan kawan-kawan, mereka memberi saya sokongan untuk berani berhadapan dengan ketakutan. Dan akhirnya, ya saya ambil juga kursus ni.


Pada minggu kedua kelas Seni Lakon Awalan di bawah pengajaran Encik Shuradi, beliau telah memberikan tugasan kepada kami untuk melakonkan semula aksi-aksi yang kami lihat melalui kehidupan realiti seseorang menggunakan teknik observation. Setelah pengkajian dilakukan, beliau meminta kami untuk melakonkan semula aksi-aksi tersebut. di hadapan kelas pada minggu yang berikutnya. Bagi tugasan tersebut, saya telah bekerjasama dengan kuyie bagi melakonkan watak penjual dan pembeli bagi barangan kosmetik Elianto..dan itu merupakan pengalaman pertama saya berlakon depan rakan-rakan. Bagi saya, ianya merupakan sebuah pengalaman yang seronok dan menarik.


Untuk tugasan yang seterusnya pula, kami telah diberikan skrip lakonan masing-masing di bawah pengarahan Encik Shuradi, Wan Mohd Hafizuddin dan Amyza Abdul Momen..Saya, Aim dan Atikah telah diberikan skrip yang bertajuk ..DAN TIGA TERBANG KE BULAN di bawah pengarahan..tengok tajuk pun dah gempak kan?hehe..kawan2 saya yang lain pula mendapat skrip yang bertajuk LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN, KAMPUNG CHETEK, AKU NAK JADI BINTANG dan MAT DERIH KOLA PERLIH. Kami akan mempersembahkan lakonan kami di Panggung Budaya Upsi bertarikh 22 dan 23 May 2012.


...DAN TIGA DARA TERBANG KE BULAN adalah sebuah karya oleh Aidil 'Alin' Mosbit mengisahkan tentang tiga orang sahabat baik iaitu Pungut (dilakonkan oleh Nurul Atika Mohd Rahi), Miah (Nur Fazlin Bt Moh Nor dan Nor Haziaton Bt Mohd Noruddin) dan Chot (Nu'Aim Bt Borhan). Ketiga-tiga mereka bersahabat baik sejak kecil lagi dan mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Pungut merupakan anak kepada ahli perniagaan. Ibu bapanya bercerai dan ayahnya dilihat mengongkong hidupnya semasa dia kecil lagi. Pungut berkawan baik dengan Miah kerana mak Miah merupakan orang gaji di rumah Pungut. Ayahnya telah meninggal dunia akibat hanyut semasa menangkap ikan di laut. Miah seorang yang agak mengada-ngada dan kurang kasih sayang dariapda keluarga. Manakala Chot pula merupakan anak bongsu dalam keluarga, perwatakannya agak sedikit tomboi. Ketiga-tiga mereka mempunyai konflik hidup masing-masing sejak kecil lagi dan disebabkan konflik tersebut, persahabatan mereka sangat akrab. Namun, mereka terpisah apabila kian meningkat dewasa dan konflik terus melanda dalam kehidupan ketiga-tiga orang tersebut yang mana Pungut telah belajar di luar negara, Miah pula terpaksa menanggung penderitaan atas sikap suaminya Yazid, seorang penagih dadah dan Chot pula terpaksa menanggung sakit yang ditakuti oleh semua kaum wanita seluruh dunia ini. Sehinggalah Pungut dan Miah meninggal dunia dan Chot sahaja yang masih koma. Pungut mati akibat daripada nahas kapal terbang manakala Miah pula meninggal akibat daripada tekanan hidup. Hanya Chot sahaja yang masih berpeluang untuk meneruskan hidup. Cerita ...Dan Tiga Dara Terbang ke Bulan ... merupakan sebuah cerita yang memaparkan erti sebuah persahabatan dan mengandungi pelbagai mesej yang bermanfaat. 


Chot: Nama aku Chot Bt Awang Senin. Nama betul aku Siti Aisyah. Mak aku Kalsum Tukang Urut.

Salmiah: Kalau korang tak nak raya, aku pon tak nak la raya. Hari raya kan hari bergembira tapi kalau semua orang bersedih, baik tak payah raya!.

Pungut: Mak Bulan, Mak Bulan. Ampunkan kami Mak Bulan. Mak Bulan apa khabar?Khabar baik?Kami?Kami pun baik Mak Bulan.



Pungut, Miah serta Chot..Pelakon ..DAN TIGA TERBANG KE BULAN


Bersama Siti Nor Adzlia dalam cerita Aku Nak Jadi Bintang





Fakhrul Faiz yang memegang watak sebagai Mat Derih dalam cerita yang bertajuk 
Mat Derih Kola Perlih


Terdapat beberapa keperluan dalam lakonan teater antaranya adalah tubuh badan, suara,dan ruang lakon. Seni lakon atau teater dimaksudkan sebagai suatu bentuk pertunjukan di atas pentas berdasarkan naskhah cerita yang menceritakan sebahagian kecil dari kehidupan manusia yang diungkapkan melalui lakonan dan percakapan yang artistik. Bagi lakonan teater, kepentingan tubuh badan menjadi suatu kepentingan utama. Ini kerana dengan jarak dan ruang pentas, serta kedudukan pelakon dengan penonton yng jauh memastikan segala bentuk lakonan harus ditransformasikan melalui tubuh badan. Manakala suara adalah instrumen yang memainkan peranan penting sebagai penyampai segala dialog-dialog. Bagi menjadi seorang pelakon, haruslah mempunyai suara yang "fleksible" dan terlatih untuk memastikan apa sahaja dialog yang dilontarkan dapat didengar oleh seluruh penonton  dalam venue persembahan. Keperluan lain pula seperti ruang lakon terbahagi kepada tiga iaitu proscenium, arena dan trust. Lakonan di pentas teater juga akan turut berubah sejajar dengan tuntutan pentasnya.


Konstantin Stanislavsky merupakan seorang tokoh pengarah serta Asemble Lakonan Reaslisme mengkategorikan lakonan kepada empat tahap iaitu jenis lakonan eksploitatif, lakonan lampau amatur, lakonan mekanikal, lakonan representational. Selain itu, beliau juga menggunakan lapan teknik pendekatan lakonan iaitu perkataan magic if, given circumstances, imaginasi, konsentrasi tumpuan, kebenaran dan kepercayaan, hubungan emosi atau spiritual, tempo dan ritma serta teknik memori recall. Tujuan latihan stanis ialah untuk membolehkan pelakonnya menguasai inspirasi. Seorang pelakon yang berinspirasi tidak akan berlakon secara pura-pura atau berlagak tetapi bersikap natural. 


Melalui pendekatan Stanislavsky tersebut, kami meneroka teknik lakonan supaya persembahan kami nampak natural dan tidak kepura-puraan. Oleh kerana ..dan tiga dara terbang ke bulan mengisahkan cerita mengenai kehidupan kanak-kanak, maka kami harus menggununakan pendekatan magic if serta observation dan kemudian mengaplikasikannya kedalam bentuk persembahan lakonan. Selain itu, kami juga harus memastikan stamina kami berada pada tahap tertinggi supaya mutu persembahan kami berada dalam keadaan seimbang,


Kenangan bersama pensyarah Encik Shuradi bersama pelajar Gerak Kreatif dan Seni Lakon Awalan






Kesimpulannya banyak ilmu yang saya perolehi sepanjang proses pengajian dengan Encik Shuradi semester ini. Selain itu, sya juga dapat meningkatkan confident level apabila melakukan persembahan depan khalayak penonton.