Wednesday, December 28, 2011

Beyond The Square- Street Performance

as-salam guys.
ye, tora  azie datang lagi..

kali ni pulak saya akan menceritakan kepada peminat, rakan dan taulan, pakcik dan makcik, yang hensem dan tampan, yang cantik dan jelita mengenai assignment last pergerakan kreatif teater yang bertajuk beyond the square. ha tengok tajuk pun dah gempak kan, belum lagi isi-isi nyer. gua akan pastikan air liur lu orang meleleh beb melihat hasil tangan gua.heh
ok merepek

untuk assingment ni pulak kan, kami budak-budak pergerakan kreatif teater dikehendaki membuat satu bentuk persembahan jalanan berdasarkan cerita-cerita rakyat zaman dahulu kala. persembahan ni lebih kepada lakonan namun diselitkan juga dengan beberapa pergerakan kreatif. erm, baru lah nampak sikit an yg kami ni budak kreatif.

macam biasa la guys, nak buat pergerakan dan lakonan ni bukan main hentam jer tau. kami ada lah aplikasikan sikit beberapa pergerakan profesional antaranya gerak indah, laban lokomor dan bukan lokomotor, ruang persekitaran, kualiti pergerakan serta pergerakan tersebut haruslah bermain aras iaitu aras bawah, tengah dan tinggi supaya persembahan tersebut lebih nampak cantik,menarik, tertarik kau memang daboom..ngee

ce korang teka, aku bawak watak ape?hah ape?, puteri gunung ledang?..ish korang ni aku tau la aku memang sesuai ngan watak2 puteri ni, tapi jangan la tunjuk sangat..malu cek..ok syok sendiri..

untuk persembahan ni sebenarnya aku pegang watak Bawang Puteh.hihi..kawan-kawan aku yang lain pegang watak Bawang Merah, Mak Kundur, Nenek Kebayan, Mak Tanggang, Pak Pandir, Mak Andeh, Pak Kaduk, Dang Anum, Hang Tuah, Hang Jebat,Majnun Tun Fatimah dan beberapa watak lain lagi yang tidak dapat saya sebutkan di sini atas sebab kelupaan. heh..

sepanjang street performance ni kan, kami tidak dibenarkan berinteraksi dengan penonton. kalau mereka nak ambik gambar ke, bersembang ke lantak la. jangan dihiraukan. kami kena fokus terhadap persembahan ni. baru lah dikatakan street performance..well, profesional lah katakan.hek2. apa-apa pun kami sangat enjoy dengan persembahan ni. rasa macam nak buat lagi. yerla, sebab ada pakwe hamsem tangkap gambar sekali.
oh baru aku perasan, ramai jugak lelaki-lelaki ganteng kat UPSI ni. ku kira sudah pupus..hehe..ok aku merepek lagi.

aku upload beberapa gambar untuk tatapan mata korang. so enjoy k. kalau tak enjoy pun, bawak-bawak la enjoy tau,ak paksa.haha


       tara, saya lah bawang puteh                                          yang seblah kanan tu bawang merah
        pembuli bawang merah                                               masa aku buli2 dia, dia selalu cakap                        
         garang x?hik2                                                           "puteh, kenapa kau suka khianat aku"ngee
                                                                                              yang seblah kanan tu dang anum      
                                                                                               ngidam nak makan buah nangka.haha

 this is majnun.
senang je keje die, dok petik gitar..untung lah kau kuyie.





yang baju pink buat gaya sengal tu Tun Fatimah                yang baju hitam sebagai ahli sihir dan sebelah                         
                                                                                                  adalah Mak Kundur- mak kepada Si 
                                                                                                                 Bawang Puteh        



ok setakat tu sahaja bebelan cek eton. ada masa saya upload lagi wokey

p/s: sekarang ni kan dah masuk study week, ate kome tak reti2 ke nak study?dok ngadap facebook jerk. apa nak jadi lah budak-budak zaman sekarang ni kan. tambah2 budak yang tengah taip ni.heh

ekspresi 02- KAK BIE JAMBAN

as-salam guys

tanpa membuang masa, kita sambung cerita wokey.hik2

untuk assignment kedua pulak, kami kena buat 1 persembahan akhir di mana koreografi, tema semua akan ditentukan oleh En. Nor Shuradi selaku pensyarah subjek Pergerakan Kreatif Teater. tugas kami adalah kena ikut dan buat bentuk pergerakan yang diajar oleh En. Nor Shuradi. biasa la kan, masa mula-mula belajar, memang lah susah nak buat pergerakan tu. tapi setelah berhempas pulas belajar, maka pergerakan tu pun rasa macam senang jer.bak kata pepatah, alah biasa, tegal biasa.ceh, nak berpepatah bagai..

budak2 pergerakan kreatif teater dibahagikan kepada dua kumpulan. aku termasuk dalam kumpulan "Kak Bie  Jamban".erk, korang jangan nak buat muka geli sekarang ni eh, macam tak biase korang muntahkan segala isi perot korang tu dekat dalam jamban jugak an.heh, aku plak yang emo terlebih.
Kumpulan yang lagi satu pulak dikenali sebagai "Proses."

untuk Kak Bie Jamban ni dia lebih kepada pergerakan dan mimik muka. dan watak kami adalah sebagai TAIK okey. Taik-taik nyer terdiri daripada saya sendiri iaitu azie, aim, alya, dilla, laily, aini,iera, kuyie, azlan, and faiz..

sinopsis nyer macam ni er kawan2..
Kak Bie Jamban ni mengisahkan seorang pekerja iaitu "cleaner" yang bernama Kak Bie. Beliau berdepan dengan konflik pengguna tandas yang tidak reti nak mencuci tandas selepas membuang. kira macam Kak Bie ni marah-marah la dengan pengguna tandas tu an. lepas tu kami ni yang memegang watak sebagai Taik menghantui  si Kak Bie ni. asyk follow jer mana Kak Bie ni pergi. last2 sekali, berkat kesabaran Kak Bie ni, maka kesemua taik-taik tu dapat dihapuskan..ops ada tambahan..hehe..walaupun taik-taik tu dapat dihapuskan, namun Kak Bie ni tetap jer asyk teringat kat taik ni especially masa Kak Bie ni tengah makan..erm, macam tu la  lebih kurang sinopsis nyer.

terdapat beberapa jenis kecerdesan yang kami aplikasikan ke dalam  koreogfari Kak Bie Jamban ni. antaranya adalah kecerdasan Howard Gardner yang terdiri daripada 8 jenis kecerdasan iaitu kecerdasan verbal, logikal, visual, kinestetik, muzikal, interpersonal, intrapersonal dan juga naturalis. selain itu, kami juga menggunakan pergerakan lokomotor iaitu pergerakan di mana keseluruhan badan berubah tempat serta pergerakan bukan lokomotor di mana keseluruhan badan masih kekal di tempat yang sama.

pergerakan lokomotor yang dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu penggunaan ruang yang terdiri daripada ruang diri dan ruang am di mana ia meliputi laban pergerakan badan, pergerakan, ruang dan hubungan diantara objek dan penari. so bila kesemua laban-laban ni digabungkan maka terbentuklah sebuah koreografi yang dikenali sebagai Kak Bie Jamban.ngee

Untuk persembahan final Ekspresi 02 ni, kami buat dekat Dewan Rahman Talib, Upsi selama 2 hari taw. bermula daripada 9-10 Disember 2011 start pukul 8.45 minit malam. Ada 4 persembahan u allz, iaitu Kak Bie Jamban, Aku Sunyi, Proses dan Teruk.

ok la banyak sangat dah aku taip. now kte bg chance gambar pulak berkata-kata..hak2
 

here we are, team Kak Bie Jamban..ni bukan hantu versi kak limah wokey, ni Taik.hee








we are at the stage during the performance..before start kow..ce korang carik aku yg mane..ha, mesti x jumpe an, sebab muka semua same jerk, sebijik sejabun.









ni budak- budak Proses.. tangkap gambo x sedar diri, bajet diorang tu artis.huh






opsss, lupa nak perkenalkan.ni nilam suhana othman. die budak minor teater..kami bergabung. she also apart from Proses group and act as the main character..hehe..







at last but not least,jerry n natheqa..juga budak minor teater.diorang pegang watak pasangan kekasih dalam drama "Aku Sunyi" dan "Teruk".






and lastly..yeyeh..our picture together-gether..
ni gambar masa selepas habis persembahan.
muka giler happy semua an.
ce tangkap masa seblum persembahan, hmph jgn harapla hasilnya begitu memberansangkan seperti ni. 
mesti macam ayam berak kapur. eh silap2 muka ayam tu lagi lawa.

moral of the story : this moments gonna be the sweetest in my life..aku akan catatkan dalam diary warne pink aku,siap dengan gambar2 colour lagi. ok tipu..aku x suka tulis diary, atau dengan bahasa yang lebih sopan santun aku malas nak tulis diary.biarlah semuanya tersimpan kemas dalam kepala otak aku ni..ngee
padehal pelupa nak mampuih......
ok daaa

Saturday, December 17, 2011

menjadi puteri bunian dalam hutan UPSI

as-salam guys

ha di entry kali ni,kita akan sambung balik cerita pasal kelas pergerakan kreatif teater yang aku dok gembar-gemburkan itu hari..biase la beb, cerita mesti kencang muahaha.

tapi an ape ke pulak kaitannye dengan puteri tu eh?hehe
ok2, kaitannyer macam ni er tuan-tuan dan puan-puan.ehem, ambil nafas kejap

untuk esaimen yang pertama kami dikehendaki membentuk koreografi sendiri which is tema semua kena fikir sendiri nak buat apa. Kemudian, setelah difir-fikir, ditimang-timang dan di belek-belek maka kami buat keputusan nak buat tema "HEALING " yang bermaksud penyembuhan. ok, aku tau korang semua bijak dah tau apa maksud healing.ngee

baik, kte sambung cerita wokey..kumpulan kami terdiri daripada Wawan aka bomoh daripada jawa, Tyqo, Lynn dan Lan sebagai budak yang kena sampuk dan Aku, Laily, Aim, Leya, Aini dan Dila sebagai puteri yang cantik lagi menawan..muahaha

jalan cerita nyer pulak mengisahkan 3 orang budak yang masuk ke dalam hutan di mana tempat tu sebenarnya merupakan kawasan beradu bagi puteri-puteri. apabila budak bertiga yang degil tu masuk jer kawasan tu, mereka pun macam terkena la sumpahan dan rasuk. Untuk menyembuhkan budak tu, maka bomoh pun menyeru la tuan puteri itu tadi. maka setelah menjalankan bebrapa proses penyembuhan, last sekali budak2 yang degil tu pun sembuh lah. see, happy ending.

sambungan

koreografi ni mesti dilakukan dalam masa 15 minit, maka, sepanjang tempoh waktu tu adalah beberapa pergerakan yang nak kata kreatif pun macam x sampai hati jer.ngeee.maka, aku klasifikasikan sebagai BOLEH laaaaaaaa erk.wahaha

untuk menjayakan persembahan ni, ktorang 1 kumpulan korbankan cuti masa cuti deepavali hari tu. sepanjang semiggu cuti, kami praktis.wee..walaupun hasilnya macam kurang memberansangkan, tapi kami tetap puas hati sebab masing-masing 1 kumpulan dah bagi komitmen yang tidak berbelah bahagi. caya lah korang..

videonyer ada dekat kawan. nanti aku akan upload dekat sini. ha korang nilai lah sendiri kreatif ke tak kreatif kami ni.hehe..

buat sementara waktu ni, aku jamukan mata korang dengan gambar2 kami satu kumpulan masa persembahan "healing" itu hari. so enjoy our pic k.


wawan si bomoh

   

aim and alya

 3 orang puteri yg chantek..hee

 walawey, ni la ahli kumpulan "healing"
best siot kerja ngan korang..haha

ok tu jer yg aku nak cerita..pasni aku sambung pulak cerita pasal aprisiasi teater eh.yang tu esaiment ke2 ktorang.hee..nantikan kemunculannya k.

bye2..

Tuesday, December 13, 2011

pergerakan kreatif teater

as-salam guys

masa mula2 isi jadual kuliah dulu, aku ingatkan kelas ni kelas teater, ala tengok tajuk la bai nama pun kelas pergerakan kreatif teater an. tapi rupa2 nya tu bukan kelas teater di mana kita akan belajar berlakon untuk menjadi pelakon terkenal, tapi tu kelas tarian untuk menjadi penari profesional tau tak? damn

aku dah start rasa cuak tau x. korang tau x, badan aku ni dah la species keras bukannyer type2 badan yang meliuk lentok tu.huhh..ak memang rasa nak drop jer kan subjek ni, tapi kawan2 ak kate, "xper la azie, ko try dulu, jangan give up, mase ni la ko nak lentokkan badan ko yang sedia keras tu".huh..ok fineee, aku pun teruskanlah kelas ni dengan niat untuk belajar..ngeh3..

tapi serius masa mula2 dulu an, memang rasa macam tak best langsung kelas ni. kena belajar tarian yang kreatif tau, bukan tarian yang biasa2 kita selalu tengok tu. kalau boleh taknak langsung tarian yang diciplak tau x.hmmpph..pasrah jer la.

makin lama belajar an, makin fun plak ak rasa.sebab nyer, kita belajar menda yang baru taw, kira macam tak payah sangat pun badan2 lentok bagai ni. semua tu kita boleh belajar. lagipun, ak dapat kawan2 yang sangat baik and fun semuanye

oh, ak pun tak tau ape yg aku merepek meraban ni. dah lame tak menaip, rasa macam sangat weird. langsung xder idea, and then menaip pun tergagap-gagap.ah hentam jer la an..

aku dah ngantok, ok babai..
as-salam

Sunday, December 11, 2011

i'm back

as-salam guys.

ya. i'm back.
rasa macam bermimpi pulak aku akan kembali mencoret di laman ni.

aku tak redha tapi aku pasrah.
redha bererti ikhlas, pasrah bererti menyerah. acehhh..

ada sebab sebenarnya kenapa aku bukak balik belog ni.

sebab nya adalah kerana kelas pergerakan kreatif teater yang aku ikuti sepanjang semester 5 aku di UPSI ni.
nanti aku akan cerita detail eh.
sekarang sedang mencari idea serta bahan untuk diletakkan di alam maya ni..ngeh3..

tu jer aku nak tulis.
ok babai