Saturday, April 30, 2011

gonna miss them

assalamualaikum guys.

arini dah abes exam.alhamdulillah

esok dah nak balik kampung pulak hee..ala bajet jew konon kampung jauh sangat. padehal 2 jam jer pun perjalanan daripada tg.malim ker ipoh tu.

banyak sangat pengalaman yang tercipta antara aku ngan kawan2 aku masa semester 4 kat UPSI ni.
sem ni boleh dikatakan agak kritikal jugak la. banyak sangat konflik. ala biase la sebagai manusia tak terlepas daripada kesalahan kan. (+____+)

gonna miss my frieds, luv them a lot. tanpa diorang tak taulah macam mana life aku kat UPSI ni. banyak perangai yang keji, daripada yang suci. hee

aku TAKKAN UPDATE belog ni sepanjang honeymoon 4 bulan nanti. apakan daya  rumah saye nun di kampung xder internet.oh sedih sambil menangis.

aku suka bercerita, in real life aku suka bersembang. tapi mostly hanya dengan kawan rapat. so, sesape yang tak rapat tu confirm kata aku sombong. eh, tak baik aw berkata begitu. saya tak sombong, cuma saya ni pemalu jerk. tak pandai nak terus ngam ngan seseorang dengan sekali jumpa jerk. kena banyak2 kali jumpa baru leh kamcing der. hee

anyway, kenapa lah bagi cuti lama sangat kan?buat penin pale jer fikir apa aku nak buat cuti panjang2 neh. bila cuti panjang, graduate pun makin lambat, maka makin lambat la aku nak kahwin, kerja.

banyak yang aku nak tulis, tapi jari jemari ni malas sangat nak menaip. tambahan lagi, mata pun dah mengantok.alasan

kepada semua student yang bakal bercuti ni, buat la benda yang berfaedah sepanjang cuti ni taw. dan, dan kalau ada yang nak buat kenduri kahwin, tunang ker, jangan lupa ajak aku. mana tau kot2 rezeki boleh jumpa calon suami ker?ehem


kawan-kawan, jumpa lagi 4 bulan k.
korang jaga diri dan jaga badan leklok taw.
jangan nanti datang sini balik, aku pun dah tak boleh bezakan antara korang ngan badak. hee


entah kenapa cuti kali ni aku rasa sedih nak berpisah ngan diorang. sebelum ni ok jer.
mungkin sebab cuti lama sangat kowt neh.
huhu

k guys, jaga diri korang leklok jugak. taw. jangan rindu2 kat i taw.muahaha

daa


Wednesday, April 27, 2011

bunga-bunga cinta..ehem

assalamualaikum

bunga-bunga cinta indah bersemi
diantara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta dihati
berpadu  indah dalam mihrab cinta

feeling macam dah jatuh cinta plak.hee
but i'm not in love, not in a relationship with ABU BIN ALI or also POLAN BIN SIPOLAN..
coz i'm still SINGLE AND AVAILABLE.
so kepada anak-anak datuk or anak-anak tan sri cepat la masuk meminang..
i dah tak sabar nak kahwen neh..muahaha..

actually aku cuma nak bagi korang feeling romantik and bunga-bunga cinta macam aku jugak.
perkara yang baik tak elok simpan sorang-sorang..wawawa

first time aku dengar lagu ni terus rasa berkenan sangat2
sebab lirik dia sangat2 puitis
kinda islamik sikit
mengharapkan kuasa Allah untuk menyatukan dua hati
sebab taknak dicemari dengan debu-debu dosa. (eh,aku ker yg tulis ni?macam pelik jer)haha


paling aku suka part ni, " tak pernah terlintas dibenakku, saat pertama kita bertemu, sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah, harum dan merekah"..sweet an?

aku pun kalau boleh nak macam tu jugak.
TAKNAK couple lama-lama
kalau boleh nak terus kahwin
arini jumpa, esok bertunang, lusa kahwin
perkara yang baik macam ni tak elok ditangguhkan..
aceh, bab ni pandai la aku cakap taknak tangguh, bab study bertangguh-bertangguh ehee

erm, rasa macam dah jatuh cinta jer dengan dude herlino neh



handsome giler siot

BUT


i'm prefer with this
lelaki yang pakai kopiah

kalau dia masuk meminang aku, tanpa ragu-ragu aku suruh mak aku terima jer..hee

aku suka sangat tengok laki yang pakai kain pelekat, baju melayu dengan pakai kopiah.
mak ai, cair ati i nyah..ala cair macam ais batu tu.hee


k la, sebelum jauh aku merepek meraban

daa

Monday, April 25, 2011

hope for a miracle

assalamualaikum guys.


tepat pukul 10.30 pagi mengikut jam SITC, UPSI maka lepas la segala bebanan yang tersandar di bahu kanan ku ini apabila berjaya jugak untuk menjawab soklan paper killer.


paper tu sepatutnya aku amek masa sem 8 nanti, tapi oleh kerana masa isi jadual dulu kelas-kelas lain dah habis, terpakse jugak la aku cekadak amek paper ni. huhu.


mengikut firasat aku, rasa macam confirm akan FAIL untuk paper ni. bukan disebabkan oleh course tu yang killer tapi lecturer tu yang killer. memang boleh membunuh woo.


ada student cakap, untuk lagi satu paper yang dia marking, dia cuma bagi 8/40, dan paling teruk pun 4/40. bukan tu jer, lepas dah siap marking boleh pulak lecturer tu tulis "hahahaha, bodoh" dekat atas paper student tu tadi.this is not rumors ok, but a fact.


memang takder harapan la nak lulus paper ni. aritu masa carry mark untuk group aku, die cuma bagi tak sampai separuh pun daripada full mark.


cuma boleh berharap pada keajaiban jer sekarang ni. iaitu dengan doa. semoga Allah bukakan pintu hati lecturer yang strict tersebut masa marking paper ktorang. mintak-mintak la masa dia dok marking paper ktorang, mood dia tengah ok. jangan lah nak-nak masa tu dia tengah gaduh dengan bini dia.
eh, tapi dah ari2 garang ja,xkan ari2 dok gaduh kot?oush




lecturer aku laki. aku ingatkan orang perempuan jer yg garang+strict.
laki pun sama?

kalau boleh memang aku taknak lansung repeat sem depan. malas aku nak ngadap muka lecturer tu lagi. kalau tukar lecturer sem depan, rela la jugak aku FAIL..huhu


aku tau tak baik dok kata dekat orang yang sampaikan ilmu kat kita, tapi kalau dah teruk sangat ketegasannya sampai menyusahkan orang lain tak ker itu jugak dikatakan sebagai peng-ania-yaan?huhu..


sepatutnya lecturer terbabit lebih peka dengan keadaan sekeliling. cuba masukkan sedikit unsur-unsur kemanusiaan semasa marking paper dan bukan mengikut amarah semata-mata. kalau jawapan yang student tu bagi memang kira dah kritikal gila an, bagi jawapan pun dah macam jawapan budak tadika ker xperla jugak. ni kalau ada lagi seorang student yang penat berjaga sepanjang malam sampai tak tidur sebab nak bagi jawapan yang terbaik, alih-alih dapat markah ciput macam tu. tak ker sedih + gundah gelana hati student tu. rasa macam segala tindakan dia tu sia-sia jer. baik tak payah usaha macam tu kan.



menyampaikan ilmu tu satu sedekah. so jangan lah nak kedekut sangat dengan ilmu yang kita ada.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : 'sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim'.


what goes around comes around. kita tak tau apa yang akan berlaku pada masa depan. sekarang mungkin lah dia boleh berbangga dengan jawatan dia tu, tapi tak tau apa yang akan jadi nanti. ingat lah tak selamanya kita akan berada diatas. aku bukan nak doakan yang buruk-buruk untuk dia, just sebagai peringatan kita bersama..huhu


cita-cita aku nak jadik lecturer.
aku akan pastikan suatu hari nanti kalau cita-cita aku tu tercapai, aku takkan buat seperti mana yang dia buat terhadap student dia sekarang. aku takkan sesuka hati FAIL kan student aku.inshaAllah.
nak menyampaikan ilmu  harus ikhlas sebab setiap ilmu yang kita sampai kan akan bermafaat di akhirat kelak. 
so doakan lah supaya cita-cita aku tercapai k. ala anak korang jugak yang untung dapat lecturer macam aku. dah la chantek, baik hati plak tu.muahaha


p/s: doakan ak lulus k.


daa



Sunday, April 24, 2011

stress

argh, stress gler.


tak pernah aku nak berjage sampai waktu2 camni semata-mata untuk setudy exam. 
tapi oleh kerana aku nyer paper ari isnin ni sangat susah terpakse aku berjage.


rasa macam nak sepak, flying kick dan juga penumbuk orang jer masa ni. biar lega sikit ati aku. dush3..


k la nak sambung setudy balik..huhu


daa

Friday, April 22, 2011

nape susah sgt nak cari boyfren yg setia..

assalamualaikum guys..hee

aku dah pun abes 3 paper setakat pagi tadi..skung ni tiggal lagi 3 paper. ketiga-tiga paper tersebut adalah paper yang bapak la killer nyer. kena carik maklumat sal hubungan antarabangsa. uishh, dengan hal dalam negara pun aku tak amek kesah, ni kan pulak nak mencari fakta pasal negara orang. betul lah cakap orang di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. eh ade kene mengena ker??huuu


aku nak cakap pasal lelaki arghh arini. bajet jew aku ni macam expert sangat nak cakap sal lelaki..haha..


aku tak faham ar, nape eh laki ni susah sangat nak setie ngan sorang awek jer. dah ader awek tu buat la cam dah ader awek bai. yang ko dok nak main2 dengan girlz lain ape ke hal? kalau muka anda handsome seperti kim hyun joong atau juga kaya raya seperti donald trump xper la jugak. ini muke pun macam ehem..malas la nak cakap, xbek kutuk2 orang..haha



mak ai handsome nyer mamat ni


but it is a fact. yerla, mmg bukan semua laki camtu. ada jugak species yang baik ala-ala lelaki melayu terakhir tapi aku berani confirm la daripada 10 lelaki  yang ada kat luar tu, hanye 2 jer yang boleh dikire baik..yang lagi lapan tu pandai-pandai la hampa teka no..tu tak kire lagi species-species pupus yang bapuk/lembut/sotong/seangkatan dengannyer..opss lalala





 amboi body, lagi chantek dari i nyah..muahaha

dah banyak kali aku jumpa golongan2 laki yang curang ni. dah ader awek, even kaple 3 tahun tapi masih takleh nak setia. alasan slalu bagi awek tak baik la, tak understanding, tak chantek, tak baik.bla,bla,bla..
pastu selalu cakap saya sayangkan awk, kalau saya jumpe awk dulu kan bagus. 

abestu dulu mase seblum kaple, sebelum jumpe awek ko dulu alasan ape yang ko bagi?. sya sayangkan awk, awk la teman sehidup semati, berjanji akan setia la..well masa seblum dapat kan, bulan dan bintang pun sanggup bagi. bila dah dapat, tak reti nak hargai. 

manusia akan lebih menghargai apabila seseorang tu dah takder.

try imagine,klau satu hari awek ko dapat tau prangai ko yang dok curang blakang die,xke die nak mintak putus nnt?ha mase tu baru la ko tau langit tu tinggi ke rendah. menyesal pun dah tak guna bai

ha yang ni baru aku cerita buayefren yang curang, camner plak kalau aku cerita suami yang curang?.berlambak jugak dekat luar tu.
manusia memang takkan puas dengan apa yang mereka dah ade kan?

daa..

Wednesday, April 20, 2011

Kasih sayang ibu dan bapa

assalamualaikum


erm semalam ada something happen. tapi bukan pada aku, pada kawan aku. ayah dia meninggal dunia..


suddenly aku rasa sedih sangat. aku bayangkan kalau aku yang berada di tempat dia. mesti rasa sedih sangat kan, sebab orang yang meninggal tu adalah orang yang paling rapat ngan kita, orang yang menjaga kita dari kecik sampai besar, bagi makanan, pakaian dan pelajaran yang secukupnyer. perit jerih ayah kita carik duet untuk besarkan kita supaya kita jadi insan yang berguna.


tapi kita?


malang kan kalau kita tak jadi anak yang berguna untuk mak ayah kita, tak cukup dengan tu melawan lagi. jadi anak derhaka. even lebih sayangkan pakwe/makwe kita lebih daripada mak bapak kita sendiri. telefon awek/pakwe hari2 atau tiap2 jam pun boleh, tapi untuk telefon mak ayah kita kat kg. seminggu sekali pun payah..peringatan untuk diri aku jugak




hargailah mak ayah kita selagi diorang masih hidup dekat muka bumi ni.
nanti kalau diorang dah meninggal kau melukut kat tepi kubur mintak ampun hari2 pun dah tak guna.




kekadang aku rasa sedih sangat dengan perangai anak2 muda zaman sekarang ni. cakap dengan mak bapak mcm cakap dengan member jer. tak cukup dengan tu relax jer sepak teranjang mak bapak dia. apa kau ingat mak bapak kau tu kucing/anjing? hei please ar, ingat sikit ko tu saper. kalau tak kerana diorang kau tak merasa hidup dekat muka bumi ni. tak merasa nikmat hidup yang kau bangga-bangga kan selama ni. kau takkan merasa dapat gelak dengan kawan2 mcm yang kau buat sekarang, tak merasa makan makanan best2 kfc, mc'd macam yang kau makan sekarang. juga tak merasa ader awek/pakwe macam yang kau ada sekarang.

ala maybe kau leh cakap mak ngan ayah kau tak baik, diorang miskin, tak cukup bagi kau kehidupan macam yang kau nak, tapi atleast tolonglah bersyukur. daripada orang lain tu. sebab tulah jangan pernah pandang orang berada kat atas kita, tapi pandang orang yang kat bawah kita. dengan tu akan ajar kita erti bersyukur dengan apa yang kita ada sekrang.

ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.







argh panjang pulak aku bersyarah..hee


to muhammad hafiz bin suhaimi, kalau ko ada terbaca ke blog aku ni. aku harap ko bersabar k. banyakkan doa untuk ayah ko. hanya tu jer yang ko boleh buat sekarang. ayah ko sangat2 memerlukan doa dari anak2 untuk bekalan di alam kubur dan juga di akhirat kelak.
kita yang hidup ni tetap kena teruskan hidup jugak. ko sebagai anak ada tanggungjawab untuk jaga mak ko, jaga adik2 ko. jadik anak yang soleh k.


kadang2 Allah turunkan hujan siap dengan guruh lagi.
kita tertanya-tanya kemana perginya matahari
rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi yang indah.


ada hikmahnya setiap apa yang terjadi. Allah lebih sayangkan ayah ko.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: " Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang sentiasa mendoakan orang tuanya. " (Hadis Riwayat: Muslim)

Monday, April 18, 2011

done with one paper

assalamualaikum


alhamdulillah. settle dah satu paper, soolan tadi agak senang cuma aku jer yg blur nak jawab..hee






ni la soalan yang keluar tadi, tindasan ke atas gender. kenapa patriarki dikatakan feudal. selebihnyer tak ingat. ni jer yang aku mampu. nampak beno nyanyok, padehal baru pagi tadi jawab..muahaha




gambar pas abes paper..menunjukkan bertapa semangatnyer aku tadi masa jawab exam..aja2 fighting..haha



hari ni malas gler nak pakai shawl..rasa cam renyah gler ar nak berbelit-belit agy. baik aku baca buku..poyo





diorang selalu kutuk bibir aku tak seksi sebab kecik
tu yang aku praktis buat bibir cam angelina jolie.
but still tak menjadi haha..




lantas aku mengajak laily untuk menggedik bersama, naseb bek beliau redha jer layan aku..hee


arghh gemuk..laily asyk buat muka suci jer..tension aku..


next paper ari rabu ngan khamis. soalan objektif..yeeha..sambil melompat-lompat kegirangan seperti kanak-kanak riang.


that's all for today guys, nak sambung on9 facebook..esok takder paper la, enjoy la dulu..ngee..


daa

teruk gler

assalamualaikum 


arini aku ada paper pukul 9 pagi. 1st paper..
aku tak study beria-ria pun sebab kawan aku cakap "ala jangan hafal teori tu sebab esok prof mesti akan putar belitkan soalan, dia takkan kuar directnyer. better ko faham sudah"..
yeh, aku pun apa lagi bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal dan selimut dengar jer menda tu terus berenti setudy. 


lantak la apa nak jadi pun jadila..malas den nak pk dah..muahaha


tapi aku tak taulah ape kejadahnyer aku dok berjage sampai sekarang ni.
bajet dengan niat yang suci dan murni  ingat nak carik bahan tambahan untuk esok, balik2 blog jugak yang aku cari. nasib kau la eton..


tapi aku nak cerita pasal carry mark untuk paper major aku.
setakat ni dah 3 subjek yang kuar carry mark, semuanyer teruk. aku pun tak taulah salah aku ker salah ibu aku yang mengandungkan aku ker ataupun salah lecturer yang terlalu strict bagi markah.
the latest yang aku tengok tadi, carry mark tak sampai separuh daripada markah penuh pun.


serius sangat teruk. gua rasa memang lingkup ar sem ni.
xder harapan langsung tau tak.
agak2 la an, bagi la markah banyak sikit, bukannyer aku buat main2 assignment tu.
penat tau tak carik bahan, pergi carik buku kat library agy.
rasa macam nak bunuh diri beramai-ramai jer, bunuh diri altruistik sebab perpaduan dalam masyarakat terlalu kuat.


jadi kami sebagai pelajar2 yang mempunyai assabiah  yang begitu kuat juga ingin membunuh diri secara berjemaah sebab dapat carry mark sikit (merepek jer tu.sila abaikan)..


k la baik aku pergi tido. esok tak bangun plak nak jawab exam.
walaupun dapat carry mark sikit, hidup mesti diteruskan.
agy hidup agy meraban. lol


daaaa..

Saturday, April 16, 2011

xtau nak letak tajuk apa

assalamualaikum guys..

hari isnin aku ada paper teori pengajian malaysia. kena study pasal macam2 teori sosiologi antaranyer teori konflik, fungsionalisme, feminisme, pertukaran sosial ngan teori pemodenan. ad 4 soalan yang masuk, tapi kena jawab 2 jer soalan esei dalam masa 1jam 30 minit..amek ko bapak detail aku cerita, dah macam pengawas peperiksaan jer..hee


aku ni jenis yg study mesti menghafal, sebab aku tak reti macam mana nak kembangkan sesuatu idea tu. yap, i know kalau kite menghafal nanti kalau time exam, tak ingat susah kan. aku dah cuba jugak untuk faham sesuatu ayat tu tapi mesti end up dengan hafalan jugak. haha..teruk kan??patotla muka memang tak tersenarai dean list.


struggle gler dak ni jawab exam an..kalau aku, hmmpppphhh..

orang cakap tak baik kalau study hanya untuk exam, sebab nanti bila  interview,dia  akan tanya apa yang kita dapat masa belajar  kat uni dulu. kalau tak boleh jawab, mati la derr..camner nak jadik cikgu.

dan, dan, dan mesti aku pun salah sorang daripadanyer nanti. memang gua ni species yang study untuk exam jer, dah abeh exam nanti, semua buku2, nota2 pun dah tak tau letak mana, entah2 dah bako..muahaha


tadi mak aku telefon, dia cakap dekat sekolah tempat bapak sedara aku mengajar ada kerja kosong. cekgu nyer bersalin so dia tanya aku nak tak ngajar kat situ. hmm, tak tau la camner. kalau nak diikutkan memang la bagus sebab kira advantage bagi aku untuk ngajar budak2 kat sane dulu sebelum praktikal.

tapi masalahnyer aku takot la. dahlah aku ni cun, kalau student2 kat sane mengorat camner??kah3...
bapak la alasan memang cikai punyer.


tengok lah dulu camner nanti..dah la cuti 4 bulan, takkan aku nak duduk umah tanam anggur dan membesarkan badan yang sedia ada besar ni jer tol tak??ngee



wish me luck untuk exam ni  aw, dan aku pun doakan semoga korang2 semua yang bakal menghadapi ujian/exam tak kira ujian ape pun, ujian memandu ker, ujian nek pngkat ker semoga berjaye. semoga Allah memberikan kefahaman serta dipermudahkan urusan kita bila menjawab soalan nanti. Amin

Thursday, April 14, 2011

childish

assalamualaikum


horrible days in my life. malas aku nak cerita banyak, tapi kejadian siang tadi cukup untuk membuatkan aku menangis. wawa.
hei, aku bukan jenis yg kuat nangis ok? because i think i'm strong enough to handle my feeling.
yah, kate kuat sangat but still crying like a baby. booo..cam budak2 jer an.
betul la cakap orang , orang perempuan ni suka sangat nangis even untuk menda2 yang kecik. a women cry because of no reason rite..




tapi alhamdulillah, masalah td dah settle pun. ada hikmahnyer atas setiap perkara yang terjadi. kadang2 boleh jadi kita tak suka sesuatu, padahal ia baik untuk kita dan begitulah sebaliknyer. Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu kan. kita tak tau di masa depan apa yg Allah dah aturkan untuk kita.




current mood: happy balik
siang tadi aku study untuk satu teori tu, sampai sekarang tak abis2 study nyer. tak boleh masuk la dalam kepala otak waktu2 camni. entah bila nak masuk nyer tak taula.huh




esok lin ajak g library. aku ni jenis yang pergi la mana2 pun, tempat yang sunyi ker apa ker kalau dah belajar tak leh masuk tu, tak leh jugak..waka-waka..

Wednesday, April 13, 2011

bla, bla, bla

arghhhhhhh stresssssss

dapat carry mark sikt

lemahkan semangat aku untuk study

sebab tau xder harapan nak dapat A, even A-




(+_________________+)




super duper malas nak study
                    but
super duper rajin bukak muka buku, blog, u tube


tolong hempuk kepala aku dekat dinding leh x? 
(tapi jangan hempuk kuat2 taw, nanti aku mati. aku belom kawen lagi.)muahahaha

bagi aku sedar diri sikit yang ISNIN dah exam






Tuesday, April 12, 2011

slow talk

assalamualaikum


boleh tak kalau aku rasa nak berhenti jer belajar?ceh tetibe jer an. kalau nak kena bunuh dengan mak ayah aku, cuba la cakap camtu depan diorang.haha


sem ni banyak sangat masalah. dengan lecturer lagi, kawan2, hal umah sewa yg tak settle2, dengan masalah diri sendiri lagi yg malas study. arghh, rasa nak menangis plak tetiba..hukhuk


semoga Allah kuatkan semangat aku untuk meneruskan hidup di muka bumi yang penuh berliku ni.
aku pernah terbaca, apabila kita ditimpa musibab jangan mengeluh pada Allah atas kesusahan yang dihadapi, tapi mintalah pada Allah agar kita diberi kesabaran yang kuat seperti Rasulullah s.a.w ketika baginda berhadapan dengan umatnya yang mencaci serta menghina baginda ketika berdakwah. inshaAllah.




tipu la kalau aku kata aku ni kuat sangat, tak pernah mengeluh dengan ujian Allah tapi aku cuba untuk berfikir menda tu secara mendalam balik. Allah uji kita sebab Allah tau kita kuat, kita mampu untuk harungi segala ujian ni kan.




kk, back to the point
ya, i want to talk about slow talk bukan talk show er kawan2..


budak pompuan kalau duduk ramai2 satu rumah, mesti akan timbul masalah. orang ni salah, org tu salah.
ada jer yang tak puas hati dengan perangai orang lain, macam la perangai kita tu elok sangat yer dak?


jadi untuk mengatasi masalah perangai yg tak senonoh ni, better kita buat slow talk. time tu nak cakap lepas pun cakap la. ko nak cakap budak ni jahat ker, bodoh ker, gila ker, sengal ker lantak kau la bedah. janji kau puas hati.


masa kawan2 cakap apa kekurangan diri kita, kena ambik iktibar dan jugak cuba perbaiki kelemahan diri sendiri. orang tegur kita, maknenyer orang tu sayangkan kita. juga bermakna orang tu nak kita berubah untuk kebaikan diri kita jugak. cuba kalau xder orang tegur perangai teruk ko, ko pergilah mana2 pun mesti akan ada yang tak suka. lainlah kalau ko duduk dalam hutan, memang xder la orang nak benci melainkan monyet2, gajah2, harimau, dan yg seangkatan dengannyer.heee








td masa borak2 ngan rumet aku, aku cakap la kat diorang
"kita datang UPSI ni memang kerja nk buat slow talk jer.ngeh3


untuk sem ni jer dah 4 kali buat slow talk. aku pun dah naik runsing..haizz
hopefully lepas ni dah settle ar semua.
tak suka ar gaduh2, dah la nak duduk sini lama lagi.
kalau lepas ni tak jumpa2 dah, xper la jugak ko nak pendam perasaan sampai mati pun..






erm, pasal ustaz yang aku suka tu an, dengar cerita dia dah ader awek.huk2
heart broken aku arini..


kawan2 aku cakap, lelaki2 yg aku suka mesti dah berpunya.
hahaha..
xder jodoh la tu

Monday, April 11, 2011

yeay, ROS dah batal..hee

assalamualaikum guys..


jap2 aku nk copy paste dulu.


PEMANSUHAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

by Qiwea Danial on Monday, April 11, 2011 at 11:26am











Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pelaksanaan Semester Khas Sesi 2010/2011 pada 7 April 2011, yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (A&A) telah bersetuju bahawa ROS dilaksanakan bersama dengan latihan mengajar/internship kaunseling iaitu dua (2) minggu orientasi di sekolah dan 14 minggu latihan mengajar. Ini menjadikan latihan mengajar selama 16 minggu yang bersesuaian dengan 8 jam kredit untuk latihan mengajar/internship kaunseling.Sehubungan itu, pendaftaran penempatan ROS bagi pelajar semester 2 sehingga 5 adalah terbatal dan mereka akan melaksanakan ROS bersama latihan mengajar/internship kaunseling semasa berada di semester 7 kelak.



kalau u allz nak tau ROS ni aktivitinyer, kita kena pergi ke mana2 sekolah yang kita nak selama 2 minggu untuk melihat macam mana cikgu2 kat sane mengajar. ia bertujuan untuk menyediakan diri kita sebelum praktikal nnt. just 2 get some experience and information on how to manage student in classes when we go practical soon. ala bukan wat pape pun, masuk kelas pastu tengok jer budak2 kat sane macam mane, kalo dema tu nakal bebenor, piat jer tlinger..kah3..padan muke, melawan er?cekgu garang taw..











bagi aku ada kelebihan and kelemahannyer jugak tukar buat ROS ni sem 7. antara kelebihan nyer adalah: 
  • takkan kacau cuti aku selama 4 bulan nanti. yerla, cuba kalau aku nak kerja time tu, tak ker nyusahkan jer aku nak amek plak cuti selama 2 minggu untuk wat ROS ni. so, bila dah cancel ni, xder la susah2 fikir nak mintak cuti ker, berhenti kerja awal ker an.
  • xyah nak buat laporan tebal2 nanti bila wat ROS sem 7. sebab senior2 aku kat sini, lepas buat ROS tu diorang kena buat plak laporan. masukkan gambar sekolah la, profile sekolah la. ala, bg aku laporan tu tak penting pun. aku pun memang PEMALAS nak wat laporan tebal2 camtu. hak3
  •  bagi sesape yg nak buat short sem, kira diorang xyah la serabut pasal ROS ni. maknenyer boleh ambil untuk 2 penggal sekaligus. so, memang bagus la di situ.
  • nanti buat ROS dengan sekolah yang sama time buat praktikal. smue sekali 16 minggu. lame gak tu. ermmm
  • 2 minggu yg pertama masa buat praktikal nnt boleh relax2 dulu, sediakan buku perancangan mengajar, at least ade mase nak berkenalan ngan sekolah praktikal nnt. nak berkenalan dengan cikgu laki yg muda agy hansem pun ada masa nnt..weee
tu antara kelebihan yang aku boleh fikir untuk mase ni.
untuk keburukan pulak kejap eh





=


=



=


=


=


=


=



=


=


=




=



=
 


MALAS la aku nak pk.muahaha
xder kelemahan kowt aku rasa. semua bagus..ehhe


 
























Sunday, April 10, 2011

thumbs up

assalamualaikum.

bertemu kita kembali dalam ruangan pot pet cek eton. hak2.
tadi sambil boring2, aku pun tengok la movie percy jackson & olympians the lightning thief. movie ni aku ambik daripada aim, my rumet. mula2 tengok tajuk macam tak best jer, dengan pelakonnyer pun memang aku tak kenal langsung.
yap, aku memang buta sikit bab2 pelakon hollywood ni. boleh dikira dengan jari kaki jer berapa ramai artis barat yang aku kenal.
argh, persetan semua itu. tidak penting bagi ku. tak masuk exam plak tu. kalau masuk xper la jugak, confirm malam ni jugak aku dok cari google pelakon2 hollywood.ehhe

tapi sangkaan ku meleset semata-mata, lepas dah tengok cerita ni kan, wowww sangat best gua cakap sama lu. takot, seram, gerun, parkinson semu ada. cerita ni penuh dengan aksi yang menggemparkan dan berjaya membuatkan jantung aku berdenyut dengan sangat la lajunyer sebab terkejut beruk.thumbs up ah.


dan, dan, dan the main point aku nak cakap sebenarnyer adalah actor dalam filem ni sangat3lah handsome. waka2. uish, sekali tengok macam zac afron tau tak muka dia. bikin gua cair jer. selalunyer kalau aku tengok movie omputih aku akan skip2, tapi tengok cerita ni tak pun. aku tengok full part woooo..hee

logan lerman. handsome kan???hee..tak lena tidur aku malam ni asyik teringatkan die jer.ehem..


alexandra daddario. chantek an. lebih2 lagi tang mata dia.

erm, next week dah exam. camne ni?malas tol la nak study. ada tak sape2 yang sanggup gantikan tempat aku ambik exam? aku leh blanjer korang KFC. cukup tak, cukup tak??hak3

L.O.V.E

assalamualaikum bloggers..

hari ni dah hari ahad kan, kejap jer masa berlalu. rasanyer macam baru jer aku daftar masuk sem 4 kat UPSI ni.
tup2, dah nak dekat abeh sem pun. next week dah exam.

study walau sebesar zarah  pun tak lagi. selamba badak jer aku ni, dok relax2 on9, update belog lagi. apa la  nak jadi ngan aku ni, perangai bapak la tak senonoh. bajet konon IQ kaw tu tinggi, tak setudy pun takper, tapi dapat result gempaq. oh, pelishhh..dah la kau tu bangang seperti cow.
mak ai kasar nyer ayat, sentap ati mak nak..(+________________________________+)


back to the point, di pagi ahad yang indah lagi ceria ni aku nak update sikit pasal cinta. ye2 aku tau aku bukan dr. fadzilah kamsah, apatah lagi ustazah siti nor bahyah pakar motivasi tu.
tapi sekurang-kurangya bagi la aku can untuk berlagak seperti mereka. mana tau some day, ha terpacak aku keluar kat tv. pakar motivasi cintan cek eton.korang jangan terkejut beruk pulak time tu. masa tu baru la korang nak ngaku sedara la, kawan la, bakal adik ipar la, bakal kakak ipar la..kah3.berangan itu perlu ye kawan2..

erm, semalam an tetiba jer rumet aku yang suka nangis ni cakap menda cepumas kat aku. dia  cakap

"azie, aku kesian la kat ko, yerla aku selalu keluar dating ngan ehem2, tinggalkan ko sorang2. aku nak carikan ko pakwe, bila aku kenalkan ko dengan someone, ko pulak yang xnak. asyik jual mahal jer, malu la apa la. lepastu merengek-rengek pulak suruh carikan pakwe, kate sunyi la ape menda la"

oushhh, laily ni. sajer la tu nak buat aku touching, sajer la tu nak suruh aku carik pakwe cepat2 supaya aku tak sunyi..hehe. fine, aku admit. memang kadang2 kita akan rasa sunyi, kadang2 rasa jeles bila tengok kawan2 ada pakwe, jeles tengok diorang bermanja bagai an. tapi perasaan macam tu cuma datang kejap jer kat aku. mungkin sebab dah lama aku tak couple kowt. dah terbiasa dengan hidup yang ala kadar ni, dah terbiasa tak main2 sms, dah terbiasa dengan takder orang nak caring pasal aku.sadis nyer ayat..hehe



bagi aku jodoh pertemuan semua kuasa Allah. tak guna aku duk melilau sini sane mencari cinta, akhirnya dia bukan jodoh kita. aku taknak nanti aku kecewa sebab aku tau bertapa sakitnya putus cinta. aku taknak menangis tiap malam nanti sebab asyik terfikirkan dia, aku juga taknak frust sambil tertonggeng-tonggeng nanti sampaikan semua kerja yang aku buat tak menjadi. ehem3, cakap cam berpengalaman jer..weee

apa yang aku pasti,
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
biarlah kalau boleh biar perasaan cinta tu datang sendiri dalam hidup aku. biar nanti cinta tu tulus suci dan sejati hingga kekal sampai syurga. ish, cam tak kena plak aku tulis ayat jiwang camni.heee


It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason!

sekarang ni aku pun tak berapa pasti dengan perasaan aku. tapi biarlah aku dedahkan sikit er.
aku ada ternampak dengan seorang mamat ni, first time aku nampak dia masa semester 1 lagi kat UPSI ni, terus aku jatuh cinte. ehem, konon love at the first side la ni. lepastu kalau aku jumpa dia lagi jer, mesti aku akan rasa heaven gler. memang senyum jer sepanjang ari.

baru2 ni plak aku nampak dia lagi, lepas tu balik jer bilik aku dok gebang ngan rumet aku, lepas tu rumet aku cakap dia kenal ngan mamat ni. mamat ni budak pendidikan islam, maknenyer bakal ustaz. ah, sudah. buat aku rasa tak layak jer ngan dia. aku ada check family backgorund dia kat FACEBOOK dan aku tengok adek beradik dia pun semuanyer macam dia jugak.

memang mustahil la kalau aku nak pergi confess feeling aku kat dia. takot arghh. takot nanti kene reject. nanti dia nak bakal ustazah jugak jadi someone special. erm (+____+)
adakah aku tidak mempunyai harapan untuk bersama ngan die??hmm..biarlah dulu an, kalau dah jodoh tak ke mana. think positive.hehe..

aku tak add pun lagi facebook die. tak tau la kenapa. padehal selama ni sebok sangat nak carik facebook die.

 sopan tak??kalau aku pakai camni, bakal ustaz tu nak terima aku tak eh??ehee..
tapi hipokrit.aku memang tak pakai jubah ni melainkan function aritu jer..
jubah ni pun pinjaman jer

yiq, aku, laily..ehhee