Wednesday, April 20, 2011

Kasih sayang ibu dan bapa

assalamualaikum


erm semalam ada something happen. tapi bukan pada aku, pada kawan aku. ayah dia meninggal dunia..


suddenly aku rasa sedih sangat. aku bayangkan kalau aku yang berada di tempat dia. mesti rasa sedih sangat kan, sebab orang yang meninggal tu adalah orang yang paling rapat ngan kita, orang yang menjaga kita dari kecik sampai besar, bagi makanan, pakaian dan pelajaran yang secukupnyer. perit jerih ayah kita carik duet untuk besarkan kita supaya kita jadi insan yang berguna.


tapi kita?


malang kan kalau kita tak jadi anak yang berguna untuk mak ayah kita, tak cukup dengan tu melawan lagi. jadi anak derhaka. even lebih sayangkan pakwe/makwe kita lebih daripada mak bapak kita sendiri. telefon awek/pakwe hari2 atau tiap2 jam pun boleh, tapi untuk telefon mak ayah kita kat kg. seminggu sekali pun payah..peringatan untuk diri aku jugak




hargailah mak ayah kita selagi diorang masih hidup dekat muka bumi ni.
nanti kalau diorang dah meninggal kau melukut kat tepi kubur mintak ampun hari2 pun dah tak guna.




kekadang aku rasa sedih sangat dengan perangai anak2 muda zaman sekarang ni. cakap dengan mak bapak mcm cakap dengan member jer. tak cukup dengan tu relax jer sepak teranjang mak bapak dia. apa kau ingat mak bapak kau tu kucing/anjing? hei please ar, ingat sikit ko tu saper. kalau tak kerana diorang kau tak merasa hidup dekat muka bumi ni. tak merasa nikmat hidup yang kau bangga-bangga kan selama ni. kau takkan merasa dapat gelak dengan kawan2 mcm yang kau buat sekarang, tak merasa makan makanan best2 kfc, mc'd macam yang kau makan sekarang. juga tak merasa ader awek/pakwe macam yang kau ada sekarang.

ala maybe kau leh cakap mak ngan ayah kau tak baik, diorang miskin, tak cukup bagi kau kehidupan macam yang kau nak, tapi atleast tolonglah bersyukur. daripada orang lain tu. sebab tulah jangan pernah pandang orang berada kat atas kita, tapi pandang orang yang kat bawah kita. dengan tu akan ajar kita erti bersyukur dengan apa yang kita ada sekrang.

ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan dapat membalas semua jasa mereka.







argh panjang pulak aku bersyarah..hee


to muhammad hafiz bin suhaimi, kalau ko ada terbaca ke blog aku ni. aku harap ko bersabar k. banyakkan doa untuk ayah ko. hanya tu jer yang ko boleh buat sekarang. ayah ko sangat2 memerlukan doa dari anak2 untuk bekalan di alam kubur dan juga di akhirat kelak.
kita yang hidup ni tetap kena teruskan hidup jugak. ko sebagai anak ada tanggungjawab untuk jaga mak ko, jaga adik2 ko. jadik anak yang soleh k.


kadang2 Allah turunkan hujan siap dengan guruh lagi.
kita tertanya-tanya kemana perginya matahari
rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi yang indah.


ada hikmahnya setiap apa yang terjadi. Allah lebih sayangkan ayah ko.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: " Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang sentiasa mendoakan orang tuanya. " (Hadis Riwayat: Muslim)

No comments:

Post a Comment