Monday, April 25, 2011

hope for a miracle

assalamualaikum guys.


tepat pukul 10.30 pagi mengikut jam SITC, UPSI maka lepas la segala bebanan yang tersandar di bahu kanan ku ini apabila berjaya jugak untuk menjawab soklan paper killer.


paper tu sepatutnya aku amek masa sem 8 nanti, tapi oleh kerana masa isi jadual dulu kelas-kelas lain dah habis, terpakse jugak la aku cekadak amek paper ni. huhu.


mengikut firasat aku, rasa macam confirm akan FAIL untuk paper ni. bukan disebabkan oleh course tu yang killer tapi lecturer tu yang killer. memang boleh membunuh woo.


ada student cakap, untuk lagi satu paper yang dia marking, dia cuma bagi 8/40, dan paling teruk pun 4/40. bukan tu jer, lepas dah siap marking boleh pulak lecturer tu tulis "hahahaha, bodoh" dekat atas paper student tu tadi.this is not rumors ok, but a fact.


memang takder harapan la nak lulus paper ni. aritu masa carry mark untuk group aku, die cuma bagi tak sampai separuh pun daripada full mark.


cuma boleh berharap pada keajaiban jer sekarang ni. iaitu dengan doa. semoga Allah bukakan pintu hati lecturer yang strict tersebut masa marking paper ktorang. mintak-mintak la masa dia dok marking paper ktorang, mood dia tengah ok. jangan lah nak-nak masa tu dia tengah gaduh dengan bini dia.
eh, tapi dah ari2 garang ja,xkan ari2 dok gaduh kot?oush




lecturer aku laki. aku ingatkan orang perempuan jer yg garang+strict.
laki pun sama?

kalau boleh memang aku taknak lansung repeat sem depan. malas aku nak ngadap muka lecturer tu lagi. kalau tukar lecturer sem depan, rela la jugak aku FAIL..huhu


aku tau tak baik dok kata dekat orang yang sampaikan ilmu kat kita, tapi kalau dah teruk sangat ketegasannya sampai menyusahkan orang lain tak ker itu jugak dikatakan sebagai peng-ania-yaan?huhu..


sepatutnya lecturer terbabit lebih peka dengan keadaan sekeliling. cuba masukkan sedikit unsur-unsur kemanusiaan semasa marking paper dan bukan mengikut amarah semata-mata. kalau jawapan yang student tu bagi memang kira dah kritikal gila an, bagi jawapan pun dah macam jawapan budak tadika ker xperla jugak. ni kalau ada lagi seorang student yang penat berjaga sepanjang malam sampai tak tidur sebab nak bagi jawapan yang terbaik, alih-alih dapat markah ciput macam tu. tak ker sedih + gundah gelana hati student tu. rasa macam segala tindakan dia tu sia-sia jer. baik tak payah usaha macam tu kan.



menyampaikan ilmu tu satu sedekah. so jangan lah nak kedekut sangat dengan ilmu yang kita ada.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : 'sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim'.


what goes around comes around. kita tak tau apa yang akan berlaku pada masa depan. sekarang mungkin lah dia boleh berbangga dengan jawatan dia tu, tapi tak tau apa yang akan jadi nanti. ingat lah tak selamanya kita akan berada diatas. aku bukan nak doakan yang buruk-buruk untuk dia, just sebagai peringatan kita bersama..huhu


cita-cita aku nak jadik lecturer.
aku akan pastikan suatu hari nanti kalau cita-cita aku tu tercapai, aku takkan buat seperti mana yang dia buat terhadap student dia sekarang. aku takkan sesuka hati FAIL kan student aku.inshaAllah.
nak menyampaikan ilmu  harus ikhlas sebab setiap ilmu yang kita sampai kan akan bermafaat di akhirat kelak. 
so doakan lah supaya cita-cita aku tercapai k. ala anak korang jugak yang untung dapat lecturer macam aku. dah la chantek, baik hati plak tu.muahaha


p/s: doakan ak lulus k.


daa



No comments:

Post a Comment