Friday, October 29, 2010

spaghetti vs kuey teaw goreng

1 ) spaghetti
 
 



 Bahan- bahan

1 paket Spaghetti
Ayam/daging cincang
Sos bolognaise(dolmio ke, prego ke)
3 labu Bawang besar
4 ulas Bawang putih
1 tin cendawan butang
Oregano
Garam / gula
Minyak zaitun
Grated cheese



 Cara-cara masakan

Didihkan air bersama 1 sudu kecil garam. Masukkan spaghetti dan masak sehingga pasta lembut. Toskan dan lalukan dibawah air mengalir seketika. Letakkan kedalam pinggan dan gaulkan bersama minyak zaitun atau minyak masak untuk mengelakkan pasta melekat.

Kedua-dua bawang dipotong dadu. Cendawan dipotong mengikut suka. Tumiskan bawang bersama oregano. Masukkan ayam/daging cincang dan masak sehingga daging masak. Masukkan air jika perlu. Tuangkan sebotl sos bolognaise tadi bersama sedikit garam dan gula. Gaulkan seketika. Masukkan cendawan, gaulsebatikan dan biarkan seketika. Sebelum api dipadamkan, masukkan sedikit lagi oregano dan grated cheese.

Untuk menghidang, tuangkan kuah ke atas spaghetti. Taburkan sedikit cheese untuk hiasan.


 

2) kuey teaw goreng


















Bahan-bahannya

500 gram kuay teow
200 gram daging, dipotong nipis
10 ekor udang
2 ikat sawi, dipotong lebar 2 inci
secukupnya taugeh, dicuci dan toskan
3 sudu makan tomoto sos
5 sudu makan kicap
4 biji telur
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
gula secukup rasa
minyak secukupnya


Bahan untuk dikisar

15 tangkai cili kering, dibersihkan rendam dengan air panas
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan

bawang goreng
daun sup
limau kasturi jika suka

Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan telur dan goreng ala scrambled (pecah-pecah) sekejap. Jangan terlalu lama biar telur tu lembik-lembik sikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah minyak secukupnya dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging dan sedikit air dan masak lagi sehingga dagingnya empuk. Masukkan juga sos tomato, kicap, garam, serbuk perasa dan gula.
  3. Tumis rempah sehingga ia bertukar warna kegelapan sikit biar lama sikit gunakan api sederhana besar. Rempah kalau tumis sempurna nanti meenya jadi sedap.
  4. Bila rempah dah ditumis dengan sempurna. Masukkan udang, gaul sebati biarkan sebentar.
  5. Masukkan pula sawi gaul rata. Masukkan kuay teow dan telur yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  6. Kemudian akhir sekali kecilkan api masukkan taugeh dan gaul rata.
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
  8. Letakkan bahan2 hiasan semasa menghidang



ape da hal, tetiba aku nak bagi resepi pasal makanan ni? dah buang tebiat ke ape haha..attention please, resipi2 tu aku copy & paste drpd pakcik google..bkn resipi aku eh hehe..


spaghetti bukan makanan favourite aku..haha..aku tau kebanyakan nya mesti suka spaghetti kan, tapi bukan aku..kesian kat laily that day berie-rie masak spaghetti tapi aku hanya mampu makan sikit jer..aku dh cuba, tapi mungkin tekak aku tak boleh terima makanan barat ni..selere melayu la katekan..baru la dinamakan gadis melayu...cewaaaaaahhhhhhh..ada kena mengena ker azie oi???haha..


yg resipi ke 2 tu pulak, mmg favourite aku..simple right?nak buat camner, dah aku suke haha..kalau makan kuey tiaw ari2 pun aku sanggup..kire mmg kritikal la tahap kesukaan aku pada kuey tiaw ni..kadang2 teringin gak nk order makanan lain, tp mesti aku akan fikir 2 ke 10 kali, kalau nk order benda lain hehe..

terliur jugak la air liur aku ni tgk gambo kuey tiaw tu..menggode iman betol la hahaha..



tu jer aku nak cerita sebenarnya ..at least aku x cerite sesaje, dapat manfaat gak..kot2 ada yg teringin nak masak sendiri ker, hopefully resipi kat atas tu dapat membantu hehe..kalau memasak tu, hantar2 la kat umah aku taw, tak pon pos jer hehe..kuey tiaw jer dilayan, taknak spaghetti hehe..

No comments:

Post a Comment